58 pelajar itu sebenarnya tidak dianugerahkan biasiswa oleh universiti yang mempunyai kira-kira 20,000 pelajar di Mount Pleasant, Michigan.- Gambar hiasan.

NEW YORK – Pembiayaan biasiswa penuh termasuk tuisyen, bilik dan penginapan serta wang sebanyak AS$5,000 untuk belajar di luar negara dan kemasukan ke program kepujian universiti.

Itulah yang diberitahu kepada 58 pelajar sekolah tinggi yang akan diterima masuk oleh yang dimaklumkan akan diberikan Anugerah Cendekiawan Centralis yang berprestij di sekolah itu.

Namun berita gembira itu sementara sahaja apabila Ahad lalu, para pelajar berkenaan menerima panggilan dari universiti terbabit.

Universiti berkenaan mendakwa telah menghantar mesej itu dengan tidak sengaja.

Malah 58 pelajar itu sebenarnya tidak dianugerahkan biasiswa oleh universiti yang mempunyai kira-kira 20,000 pelajar di Mount Pleasant, Michigan.

Tiga hari kemudian, bagaimanapun, universiti itu dalam satu kenyataan berkata, ia merancang untuk membayar empat tahun tuisyen penuh untuk kumpulan pelajar yang telah tersilap diberitahu tentang pembiayaan biasiswa.

Namun, kumpulan pelajar itu tidak ditawarkan faedah lain daripada biasiswa itu, kata jurucakap universiti.

Universiti akan menghubungi pelajar dengan tawaran yang dipinda.

“Kami amat kesal dengan kesilapan mesej tersebut,” kata universiti itu dalam kenyataan.

Terdahulu pada hari Rabu, universiti itu berkata, mesej mengenai Anugerah Cendekiawan Centralis dihantar secara tidak sengaja oleh kakitangan sekolah apabila sistem teknologi mesej baharu sedang diuji.

Dalam kenyataan yang dikemas kini pada petang Rabu, Central Michigan University berkata, “untuk memperbetulkan keadaan” 58 pelajar yang telah menerima ucapan tahniah secara tidak sengajamenerusi portal universiti itu akan menerima tawaran “biasiswa tuisyen penuh” sahaja.

Tidak jelas jumlah khusus yang akan diterima oleh pelajar, tetapi tuisyen bagi ijazah sarjana muda ialah AS$12,750 setahun, menurut universiti itu.

Ia juga tidak jelas sama ada pelajar-pelajar berkenaan benar-benar layak untuk Anugerah Cendekiawan Centralis.

Untuk menerima anugerah itu, pelajar sekolah tinggi mesti mempunyai purata mata gred sekurang-kurangnya 3.7, menurut universiti. – NYT (https://www.nytimes.com/2022/01/26/us/central-michigan-university-scholarship-mistake.html)