Jongkokng emas yang dirampas. (Foto-Agensi Jenayah Kebangsaan)

SINGAPURA-  Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom  merampas 15 jongkong emas yang bernilai £650,000 daripada seorang wanita pada Rabu lalu yang dikaitkan dengan rangkaian pengubahan wang haram antarabangsa.

Siasatan bermula apabila seorang wanita Singapura yang membawa jongkong emas di dalam bag tangannya ditahan di Lapangan Terbang Heathrow.

Menurut agensi itu, wanita tersebut tiba dari Singapura dan transit di lapangan terbang itu untuk ke Chennai, India.

“Pada awalnya beliau memberitahu penyiasat NCA bahawa beliau membawa kepingan itu untuk seorang tukang emas di Singapura kepada seorang tukang emas di India. Beliau tidak dapat menjelaskan tentang laluan perjalanan yang pelik itu.

“Siasatan lanjut mendedahkan invois yang dia bawa untuk emas itu adalah palsu, dan tukang emas Chennai itu tidak wujud.

“Emas itu dirampas kerana disyaki sebagai hasil jenayah dan wanita itu dibenarkan meneruskan perjalanan,” kata agensi itu.

Agensi itu telah melucut hak ke atas bar itu di bawah Akta Hasil Jenayah selepas perbicaraan berlangsung selama dua hari di Mahkamah Majistret Uxbridge.

Siasatan turut mendedahkan jongkong emas itu adalah milik rangkaian pengubahan wang haram yang aktif di Eropah dan Asia, kata, Komander Cawangan agensi tersebut, Andy Noyes.

Beliau menambah, para penyiasat telah bekerjasama dengan rakan sejawat di India mereka bagi menafikan cerita wanita berkenaan.

“Emas merupakan komoditi yang menarik untuk digunakan penjenayah untuk memindahkan wang kerana jumlah yang agak kecil namun mempunyai nilai yang tinggi,” katanya. – CNA https://www.channelnewsasia.com/world/uk-national-crime-agency-seize-gold-bars-singaporean-woman-heathrow-airport-2464961