Seorang petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19.

LONDON – Dos penggalak Covid -19 dapat meningkatkan perlindungan terhadap kematian daripada varian Omicron kepada 95 peratus untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA).

Selepas enam bulan dos kedua vaksin Covid-19, perlindungan terhadap kematian akibat varian Omicron adalah kira-kira 60 peratus bagi individu yang berumur 50 tahun ke atas, kata agensi keselamatan kesihatan London.

Bagaimanapun, ia meningkat kepada 95 peratus dua minggu selepas menerima dos vaksin penggalak.

UKHSA menambah, data terus menunjukkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap kemasukan ke hospital daripada dos penggalak.

Keberkesanan terhadap kemasukan ke hospital adalah sekitar 90 peratus untuk suntikan Pfizer-BioNTech, menurun kepada 75 peratus untuk tempoh antara 10 hingga 14 minggu selepas dos penggalak diterima.

Bagi vaksin Moderna, keberkesanan terhadap kemasukan ke hospital adalah antara 90 hingga 95 peratus untuk tempoh sehingga sembilan minggu selepas dis penggalak diberi, kata agensi tersebut.

“Buktinya jelas bahawa vaksin membantu melindungi kita semua daripada kesan Covid-19 dan dos penggalak menawarkan kadar perlindungan yang tinggi daripada kemasukan ke hospital dan kematian dalam masyarakat,” katanya. – CNA

https://www.channelnewsasia.com/business/boosters-increase-protection-against-death-omicron-over-50s-95per-cent-ukhsa-2464476