drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman hari ini menerima satu laporan berkaitan kes kematian orang kena tahan (OKT) di dalam lokap Balai Polis Marang, Terengganu.

Menurut Pengarahnya, Datuk Azri Ahmad, pihaknya menerima laporan berkenaan kes kematian mengejut OKT dalam tahanan itu pada pukul 3 petang.

“OKT adalah seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang ditangkap di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Lelaki terbabit telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad depan di Mahkamah Majistret Marang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azri, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut. – MalaysiaGazette