Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari enggan mengesahkan spekulasi adiknya yang disebut-sebut bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor itu tidak mahu melobi untuk adiknya sebaliknya, menyerahkan semua itu kepada parti untuk diputuskan.