thunderstorm heavy rain MetMalaysia weather forecast thunderstorm heavy rain strong wind
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat di Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei & Mukah) dan Sabah (Kudat, Sandakan & Tawau) sebelah pagi pada Tahun Baharu Cina, 1 dan 2 Februari ini.

MET Malaysia berkata, hujan dan ribut petir di juga diramak berlaku di kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala pada sebelah petang, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri & Limbang), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman & Sandakan) dan Labuan.

Pada sebelah malam, hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kapit, Miri & Limbang) and Sabah (Pantai Barat, Pedalaman& Kudat) dan Labuan. – MalaysiaGazette