Seorang guru yang memakai pelindung muka sedang mengajar kanka-kanak. (Foto fail: REUTERS/Andrew Boyers)

LONDON – Britain minggu ini akan mula menawarkan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun yang mana golongan ini mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti koronavirus, kata Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).

Ini disebabkan Britain dilihat lebih perlahan daripada beberapa negara lain dalam menawarkan suntikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Ia tidak merancang untuk memberi vaksin kepada kumpulan umur itu secara lebih meluas, tidak seperti di Amerika Syarikat dan Israel.

NHS berkata, kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi rendah dan golongan yang paling berisiko itu akan mendapat suntikan Covid-19, selaras dengan nasihat yang dikeluarkan pada bulan lalu oleh Jawatankuasa Bersama Vaksin dan Imunisasi.

“Saya ingin ibu bapa dan penjaga diberi jaminan bahawa tiada vaksin baharu untuk kanak-kanak akan diluluskan melainkan piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diharapkan telah dipenuhi,” kata, Menteri Vaksin dan Kesihatan Awam United Kingdom, Maggie Throup.

Kanak-kanak akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram vaksin Pfizer-BioNTech, iaitu satu pertiga daripada dos dewasa. – CNA NEWS –

https://www.channelnewsasia.com/world/britain-covid19-vaccine-vulnerable-risk-children-2468526