RFID failure cost RM35 RM1 PLUS toll plaza Touch 'n Go
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – SMTrack Bhd hari ini menafikan dakwaan penglibatannya dalam projek sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika ini untuk plaza tol di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya Azmi Osman berkata sehingga kini SMTrack tidak terlibat dalam projek itu.

“Propaganda politik itu tidak bertanggungjawab dan SMTrack akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas untuk melindungi integriti syarikat,” katanya dalam satu kenyataan untuk menyangkal dakwaan baru-baru ini yang tersebar di Internet melibatkan SMTrack.

SMTrack juga menafikan dakwaan bahawa pelantikan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat itu adalah berkaitan dengan hubungan politik.

Ia juga tidak melibatkan Tan Sri Lee Kim Yew dalam sebarang tindakan melobi untuk mana-mana projek walaupun Lee adalah pemegang saham utamanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast