KUALA LUMPUR – Ribut petir berserta hujan lebat dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk beberapa kawasan di tiga negeri sehingga pukul 6 petang hari ini.

Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pukul 1.40 tengah hari, beberapa kawasan di Selangor yang dijangka dilanda ribut petir adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.

Sementara di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Manakala di Perak pula adalah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. – MalaysiaGazette