Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak beroperasi sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bagi tahun 2022.

Menurutnya, pejabat di  Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan ditutup pada 1 hingga 3 Februari manakala negeri-negeri lain 1 hingga 2 Februari.

Dalam tempoh penutupan ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter perkhidmatan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter perkhidmatan beroperasi semula.

Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast