Donny van de Beek. Foto The Athletic.

LONDON – Pemain tengah Manchester United yang ‘terpinggir’, Donny van de Beek akhirnya mengambil keputusan menyertai Everton secara pinjaman, lapor The Athletic.

Persetujuan itu dilaporkan telah dicapai di antara United dan Everton yang mana The Merseyside akan membayar penuh gaji Van de Beek untuk baki saingan musim ini.
Sebelum itu, Everton juga dilaporkan telah berbincang dengan bakal pengurus, Frank Lampard yang dilantik menggantikan Rafael Benitez dan akan diumum dalam masa terdekat

Sebelum memperolehi tawaran daripada Everton, Van de Beek juga menerima tawaran untuk menyertai Crystal Palace.

Van de Beek sebelum ini bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak tiba di Old Trafford pada musim panas 2020.

Sehingga kini, dia hanya beraksi selama 579 minit pada saingan Premier League sejak dua musim terakhir ini yang bersamaan dengan tujuh perlawanan.

Everton pula  mahu mendapatkan seorang pemain tengah sebagai fokus utama pada jendela perpindahan Januari.

Ini selepas dua pemain utama, Abdoulaye Doucoure dan Fabian Delph terpaksa dipinggirkan selama sebulan akibat kecederaan. – MalaysiaGazette

https://theathletic.com/news/manchester-uniteds-donny-van-de-beek-decides-to-join-everton-on-loan/DYzeZkafXoIs/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast