Sebanayak 400 tanglung dipasang bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di bandar raya Kuantan

KUANTAN – Sambutan Tahun Baharu Cina di bandar raya Kuantan meriah dengan cahaya neon 400 tanglung yang dipasang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, ia bagi meraikan Tahun Baharu Cina oleh komuniti etnik Tionghua di pusat bandar Kuantan .

“Hiasan ini digantung di sepanjang Jalan Mahkota, Jalan Teluk Sisek dan sekitar Air Putih ini membawa suasana Tahun Baharu Cina sepanjang musim perayaan.

“Tanglung merah digantung untuk mewujudkan suasana Gong Xi Fa Cai dan perayaan Tahun Baharu Cina, dan MBK mahu suasana perayaan dapat dirasai oleh seluruh warga bandaraya ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

 

Pembinaan Menara Jam Kuantan akan siap dalam tempoh dua minggu lagi

Dalam perkembangan lain, Menara Jambakal menjadi mercu tanda baharu bakal menjadi ikonik baru Bandaraya Kuantan hampir siap tidak lama lagi dengan pembinaan Menara Jam yang bercahaya.

“Pembinaan dijangka siap sepenuhnya  dalam tempoh dua minggu lagi dan dirasmikan pada hujung Februari nanti.

“Menara Jam di Taman Kerang berkonsepkan Istana Leban Tunggal dan gaya kolonial mengadaptasi bangunan pra kemerdekaan yang terletak berhampiran Jalan Mahkota,” katanya.

Tambahnya,  lokasi dipilih berhampiran tempat Almarhum Sultan Abu Bakar mengisytiharkan Kuantan sebagai ibu negeri selepas berpindah dari Kuala Lipis pada tahun 1955. – MalaysiaGazette