ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu menyampaikan sumbangan kepada balu kepada pesara PDRM, Fatimah Abdullah di Kuantan.

KUANTAN – Seramai 15 balu kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meninggal ketika berkhidmat dan lima balu kepada pesara PDRM menerima sumbangan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua penerima juga merupakan mangsa banjir pada tahun lalu diziarahi sebagai tanda mengenang jasa suami mereka ketika dalam perkhidmatan.

“Pihak polis menyantuni golongan balu sebagai penghargaan dan mengenang pengorbanan serta jasa pasangan yang pernah berkhidmat di IPD Kuantan.

“Ini bagi memastikan kebajikan balu masih terjaga dan memastikan mereka mendaftar dengan perkhidmatan e-pesara bagi memudahkan agihan bantuan,” katanya pada program menyantuni balu PDRM di Cenderawasih, di sini, semalam.

Dalam pada itu, bekas Koperal Fatimah Abdullah, 66 tahun, berasa terharu dengan semangat pasukan yang ditonjolkan walaupun sudah tidak berada dalam pasukan dalam kepimpinan baru.

ARTIKEL BERKAITAN :

Kayuh basikal bukan bercinta – Polis Trafik Kuantan

Greenwood ditahan polis untuk siasatan

“Meskipun sudah bersara sejak 2016 tahun, jiwa masih dekat dengan pasukan sang saka biru dan sentiasa mengikut perkembangan semasa aktiviti polis,” katanya.

Fatimah mengakui masih berkunjung ke IPD Kuantan dan behubung serta menjaga silaturahim bersama pasukan polis.

Beliau berkata dimikian ketika ditemui MalaysiaGazette turut mengemaskini profil e-pesara bangi memudahkan penerimaan manfaat dan semakan status terkini menerusi melalui portal tersebut.

Untuk rekod, seramai 152 keluarga anggota polis daerah ini terjejas akibat bencana banjir lalu. – MalaysiaGazette