Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan hari ini semasa penularan Covid-19 menjadi lambang perpaduan pelbagai kaum selaras dengan pelaksanaan dasar Keluarga Malaysia.
Jelas beliau, kemeriahan yang disambut oleh masyarakat Tionghua itu turut dirasai oleh kaum-kaum lain di negara ini yang dapat hidup secara harmoni dan sejahtera.