Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ingin memaklumkan bahawa bermula hari ini (3 Februari 2022_ hingga esok (4 Februari 2022) bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Pejabat LHDN itu dijangka kembali beroperasi pada Isnin.

Menurut LHDN, dalam tempoh penutupan sementara itu, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter berkenaan adalah dibatalkan.

Berikutan itu,pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula, ujarnya.

“Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan HASiL (LHDN) yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat; dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette