DAP Queen's counsel Najib Razak UK SRC International Sdn Bhd appeal Federal Court
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar ‘tekan butang’ sekarang supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan pimpinannya jatuh.

Mantan Perdana Menteri itu menegaskan, Bersatu tidak perlu hendak mengugut atau menakut-nakutkan Ismail Sabri, sebaliknya terus sahaja menarik sokongan itu.

“Depa ini tak henti-henti ugut. Hari itu, presiden-presiden parti. Hari ini, giliran penulis manifesto bukan kitab suci.

“Butang kan ada?,” tulis beliau dalam Facebooknya, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Ismail Sabri bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat dan akan bawa isu itu dalam majlis ceramah pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kata beliau, Bersatu yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, bukannya UMNO.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Bersatu mengugut untuk menekan butang dengan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor pimpinan Umno.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku sehinggalah pembubaran DUN Johor hujung bulan lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast