Huang Yiliang di Mahkamah Negeri (Foto: today/Nuria Ling)

SINGAPURA – Bekas pelakon, Ng Aik Leong atau lebih dikenali sebagai Huang Yiliang akan memulakan hukuman penjara akibat menyerang seorang pekerja Bangladesh selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Apabila jurubahasa memberitahunya keputusan itu dan menyampaikan kepadanya soalan hakim sama ada dia mahu menangguhkan hukuman atau masuk penjara serta-merta, beliau hanya duduk diam sambil menggeleng.

Beliau memutuskan selepas beberapa minit bahawa akan memulakan hukuman.

Aik Leong disabitkan kerana menyerang seorang pekerja Bangladesh yang sedang membersihkan saluran pengudaraan di kawasan kantin Pada 11 Disember 2018.

Oleh itu, beliau diperintahkan mengekalkan hukuman penjara 10 bulan dan membayar mangsa S$3,300 sebagai pampasan untuk gajinya, serta kesakitan dan penderitaan yang ditimbulkan.

Jika dia tidak membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara tiga minggu lagi secara ingkar.

Di mahkamah rendah, Aik Leong membela diri dan mendakwa mangsa memintanya untuk memukulnya dan mengajarnya.

Beliau juga berkata yang dirinya belajar cara menumbuk palsu semasa zaman lakonannya dan sebenarnya tidak memukul mangsa atau mencederakannya.

Sementara itu, peguamnya, Chung Ting Fai Ng meminta mahkamah meringankan hukuman supaya pihak pendakwaan mendedahkan rakaman video yang kononnya menunjukkan Aik Leong memalsukan tumbukannya dan mangsa berpura-pura cedera tetapi hakim menolaknya.

Menurut Fai Ng sekiranya Aik Leong benar-benar menggunakan pengikis logam pada mangsa, kecederaannya akan menjadi lebih teruk.

Manakala, pendakwa raya pula berkata, sabitan oleh hakim disokong sepenuhnya oleh bukti dan hukuman itu tidak keterlaluan.- CNA NEWS https://www.channelnewsasia.com/singapore/huang-yiliang-jail-term-court-dismiss-appeals-worker-assault-2479056

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast