UMRAH
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Isu jemaah umrah yang terkandas susulan penutupan sementara selama sebulan Januari lalu, dijangka selesai pada pertengahan bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya akan berhubung dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memudahkan urusan penyaluran dana jemaah umrah terbabit.

“Saya harapkan pertengahan Februari ini selesai lah, sebenarnya bab umrah ini tugas MOTAC.

“Saya minta pihak MOTAC dan TH untuk bertemu dengan agensi pelancongan (umrah).

“Bila kita dapat nama, kita terus masukkan wang ke dalam akaun TH, (jadi) mereka ambil di mana-mana tempat cawangan TH,” katanya kepada pemberita di Kompleks Islam, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kita-kira 1,000 jemaah umrah terkandas susulan penutupan sementara selama sebulan Januari lalu, dijadual berlepas ke Tanah Suci pada hari pertama pembukaan semula, 8 Februari depan.

Ini kerana prosedur operasi standard (SOP) baharu perjalanan umrah sudah diperhalusi MOTAC bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebelum dibawa ke Mesyuarat Kuartet belum dimuktamadkan. – MalaysiaGazette