Sobella meraikan usahawan di bawahnya dengan hadiah lumayan seperti kereta, rumah dan wang tunai.

KUALA LUMPUR – Syarikat kosmetik tempatan, Sobella berjaya melahirkan ramai golongan wanita bergelar jutawan sejak meneroka pasaran kosmetik, tekstil dan produk kecantikan di negara ini.

Pengasasnya, Wan Nur Syuhada Wan Norzie, memperkasakan golongan wanita akan dipergiatkan lagi menerusi rangkaian perniagaannya.

Menurut beliau sehingga kini, sudah lebih 30,000 ejen direkrut di bawah Sobella Squad.

“Melihat angka itu bertambah saban hari membuatkan saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.

“Bayangkan daripada awalan angka itu hanya 20 orang, meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk ‘lipmatte’ dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.

“Khususnya menerusi produk terbaru keluaran dipanggil Soul Matte Edition yang menggunakan konsep duo lipmatte yang akan dipasarkan 9 Februari ini,” katanya pada majlis Victory & Glory Appreciation Day anjuran Sobella baru-baru ini.

Pada acara berkenaan, sekumpulan top leader jenama itu yang merangkul gelaran Top Sales tahun lalu diraikan dengan menerima ‘umpan’ hadiah lumayan seperti kereta, rumah dan wang tunai.

Pada acara itu, paling mencuri tumpuan ialah Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar yang pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017.

“Beliau mencatat jualan sebanyak RM5 juta pada musim pandemik tahun lalu. Sobella telah merealisasikan rumah impian yang berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella.

“Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan. Paling mengagumkan saya, dia asalnya hanyalah seorang tukang jahit dulu.

“Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan,” kata Wan Nur Syuhada.

Wan Nur Syuhada Wan Norzie.

Tambah beliau, tidak ketinggalan, empat lagi leader Sobella berjaya mendapatkan kereta idaman masing masing juga daripada hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk jenama itu.

“Antara kereta yang diserahkan kepada pemiliknya termasuk Mercedez AMG45, Mustang, Range Rover dan Ford Ranger,” katanya.

Kata Wan Nur Syuhada lagi, jenamanya menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.

“Konsep terhad atau limited ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.

“Setiap kuantiti produk dikeluarkan juga dijaga dengan mengamalkan exclusivity brand. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah.

“Selepas hampir lapan bulan tiada produk killer, harapnya produk Soul Matte Edition yang akan dilancarkan beberapa hari lagi dengan formula dan wajah baru akan terus menjadi rebutan.

Boleh tekan pautan https://linktr.ee/WNSyuhada untuk maklumat lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast