Tangki minyak.Foto-https://ichef.bbci.co.uk/news/976/cpsprodpb/5A9D/production/_123079132_oiltanking_europe_belgium_antwerp_aerial_2010-09-22_5242.jpg.- Gambar hiasan.

EROPAH – Pelbagai syarikat pengangkutan dan penyimpanan minyak di seluruh Eropah kini berhadapan dengan serangan siber.

Sistem teknologi maklumat (IT)  telah terganggu di Oiltanking di Jerman, SEA-Invest di Belgium dan Evos di Belanda.

Berpuluh-puluh terminal dengan penyimpanan minyak dan pengangkutan di seluruh dunia juga telah terjejas.

Firma melaporkan serangan siber itu berlaku pada hujung minggu lalu dan pakar menganggap ia adalah serangan yang diselaraskan.

Malah, BBC difahamkan sistem IT ketiga-tiga syarikat mengalami kerosakan atau mengalami gangguan teruk.

Pendakwaraya Belgium berkata, pihaknya sedang menyiasat serangan siber yang menjejaskan terminal SEA-Invest termasuk yang terbesar syarikat itu di Antwerp yang dipanggil SEA-Tank.

Sementara itu, jurucakap syarikat itu berkata, mereka terpukul dengan apa yang berlaku pada Ahad lalu di mana setiap pelabuhan yang mereka kendalikan di Eropah dan Afrika terjejas.

Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan sistem IT sandaran dalam talian dan SEA-Invest sedar tentang serangan siber terhadap syarikat lain tetapi siasatan belum menentukan sama ada terdapat kaitan dengan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, jurucakap Evos di Belanda memberitahu BBC perkhidmatan IT di terminal di Terneuzen, Ghent dan Malta telah menyebabkan beberapa kelewatan dalam pelaksanaan.

Selain itu, gangguan itu berlaku apabila ketegangan kekal tinggi antara Ukraine dan Rusia dan kebimbangan terhadap kenaikan harga tenaga semakin meningkat.

Tetapi pakar keselamatan siber berhati-hati agar tidak membuat kesimpulan bahawa pelbagai insiden adalah hasil daripada usaha yang diselaraskan untuk mengganggu sektor tenaga Eropah.- BBC NEWS- https://www.bbc.com/news/technology-60250956-.