IJN Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad is allowed to go for 'home leave' everyday for the past three days since Wednesday, between 8am and 4pm. After which he spends the night at IJN, Tun Mahathir dibenar kembali ke rumah antara pukul 8 pagi hingga 4 petang pada Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan  pulang ke rumah  dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu lalu.

Bagaimanapun beliau kembali ke IJN semula bagi menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

Untuk makluman, Dr. Mahathir hanya dibenarkan pulang ke rumah  antara pukul 8 pagi sehingga 4 petang sebelum kembali ke IJN bagi rawatan pemulihan sejak tiga hari lepas.

Menurut kenyataan dari pejabatnya, Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.

“Tun Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai,” katanya kenyataan yang sama.

Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor daripada institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Minggu lepas, anaknya, Datin Paduka Marina berkata, selera makan bapanya bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di IJN.

Setakat ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain daripada keluarga terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast