Pasukan pemyelamat mengeluarkan mangsa yang terperanglap dalam bas yang merempuh tebing di Yogyakarta. foto EPA

JAKARTA -Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 34 yang lain cedera apabila sebuah bas merempuh tebing di wilayah Yogyakarta, Indonesia, petang semalam.

Pemandu bas antara yang terkorban.

Kejadian itu berlaku semasa bas yang sedang menuruni cerun curam sekitar jam 2 petang hilang kawalan.

“Jadi, terdapat petunjuk bahawa brek bas tidak berfungsi, kata Ketua Polis Bantul.

Jurucakap Pejabat Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Yusuf Latief berkata, kesemua mangsa dikejarkan ke tiga hospital berdekatan.

Semasa kejadian terdapat 40 penumpang berada di dalam bas tersebut.

Mereka adalah sekumpulan pekerja firma tekstil yang merancang untuk melakukan perjalanan ke pantai Parangtritis di selatan pulau Jawa, kata jurucakap itu.

Seorang daripada mangsa adalah seorang kanak-kanak dan empat orang mengalami kecederaan serius dan empat lagi cedera sederhana dan ringan.

Siasatan punca nahas masih dijalankan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast