Khairy Jamaluddin Abu Bakar announcement 5.00 pm MOH Ministry of Health Covid-19 Omicron
Khairy memuatnaik poster sidang media yang akan diadakan petang ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka membuat beberapa pengumuman penting petang ini.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau memaklumkan pengumuman berkenaan akan diberitahu pada sidang media pukul 5 petang ini.

Katanya, beliau akan turut mengemaskini mengenai jangkitan virus Omicron yang diadakan setiap minggu.

Untuk rekod, semalam negara dikejutkan dengan kes jangkitan Covid-19 yang mendadak apabila melepasi lima digit dengan 10,089 kes direkodkan.

Kali terakhir negara mencatatkan kes sehingga 10,000 kes adalah pada 2 Oktober tahun lalu dengan 10,915 kes dicatatkan. – MalaysiaGazette