Dr Sathia Prakash Nadarajan berharap longgokan dan timbunan sampah selepas pasca banjir di bersihkan dengan kadar segera agar tiada penularan penyakit-penyakit lain yang merbahaya kepada penduduk setempat di Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Longgokan dan timbunan sampah sarap terutamanya sisa pepejal yang tercemar boleh membawa pelbagai penyakit terutamanya selepas bencana banjir baru-baru ini.

Malah banyak penyakit berbahaya serta jangkitan kuman boleh membawa mudarat kepada penduduk seandainya ia tidak diuruskan dengan kadar segera.

Itu antara kebimbangan pengasas rangkaian klinik kumpulan SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan selepas melihat masih lagi terdapat longgokan sampah di sekitar Taman Seri Muda, Shah Alam yang menjadi lokasi banjir dua bulan lalu.

Beliau terkejut dan bimbang melihat longgokan dan timbunan sampah masih ada di kawasan-kawasan taman perumahan malah ia sudah dihurung oleh serangga dan haiwan perosak seperti lalat dan tikus.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berharap longgokan dan timbunan sampah selepas pasca banjir dibersihkan segera agar tiada penularan penyakit merbahaya kepada penduduk.

“Saya tidak berniat untuk tuding jari pada mana-mana pihak sebaliknya mohon supaya pihak berwajib segera ambil tindakan dengan segera. Juga berharap kepada penduduk setempat agar tidak tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.

“Kita sebenarnya lebih risau kepada kemuculan wabak penyakit yang baharu akibat longgokan sampah seperti ini di kawasan tempat tinggal. Kita perlu sentiasa beringat tentang bahaya dan kesan akibat timbunan sampah seperti ini.

“Keadaan seperti ini mampu mengundang kehadiran lalat yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan, cirit birit, kolera dan typhoid serta haiwan perosak khususnya tikus yang meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kem Kesihatan dan Perubatan SP Care dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ayyapan Sevagam secara percuma bagi penduduk setempat selain sesi ziarah beberapa buah keluarga yang terjejas teruk akibat banjir di lokasi sama bagi menyerahkan sedikit sumbangan di sini hari ini.

“Ini adalah perkara serius, Sudahlah kita berdepan dengan virus Covid-19 yang belum reda kemudian tambah pula keadaan banjir yang sudah membawa kemusnahan cukup besar, janganlah penyakit-penyakit lain ganggu gugat masyarakat kita kelak.

”Mohon juga kepada penduduk untuk tidak melakukan pembuangan sampah sewenang-wenangnya bagi mengelak risiko penularan jangkitan dan kesukaran aspek pengurusan, adu segera kepada pihak berwajib bagi memastikan sampah-sampah itu dapat di bersihkan,”ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast