Petugas kesihatan, klinik ujian penyakit (COVID-19) di Sydney. Foto-REUTERS/Nikki Short

SYDNEY – Kadar kemasukan ke hospital dan bilangan orang yang dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat Covid-19 di Australia terus menurun.

Jumlah kira-kira 2, 000 merupakan kadar terendah dalam tiga minggu termasuk di negeri ini yang mempunyai paling ramai penduduk dan paling teruk dilanda gelombang varian Omicron.

Penurunan disebabkan pihak berkuasa yang menggesa orang ramai mendapatkan dos penggalak untuk mencegah penyakit serius dan kematian akibat koronavirus.

“Sungguh menggembirakan melihat penurunan dalam kemasukan ke hospital dan kemasukan ke ICU dan kami berharap  ini berterusan,” kata Ketua Pegawai Kesihatan NSW, Kerry Chant semasa sidang media.

Manakala, akibat Omicron, jumlah jangkitan Australia kini telah mencecah hampir 2.4 juta hampir 10 peratus daripada populasi negara itu dengan kira-kira 2.2 juta dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini.

Malah, setakat hari Selasa, sebanyak 28,000 kes baharu dilaporkan di negara ini meningkat sekitar 5,000 kes daripada sehari sebelumnya.

Meskipun, jauh di bawah paras puncak pandemik 150,000 bulan lepas dan sebanyak 55 kematian menjadikan jumlah kematian sejak permulaan wabak itu kepada 4, 303 kes.

Sementara itu, semalam, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, negaranya akan membuka semula sepenuhnya sempadan kepada pengembara yang divaksin mulai 21 Feb selepas hampir dua tahun.- CNA NEWS-https://www.channelnewsasia.com/world/australia-covid-19-hospital-admissions-fall-omicron-peak-2485466