MGNews : Turkish Aerospace Sedia Pertimbang Urusniaga Komoditi Dalam Perolehan LCA

Syarikat Pertahanan utama Turki iaitu Turkish Aerospace Industries (TAI) menyatakan kesediaannya untuk menerima pembayaran dalam bentuk komoditi bagi urusniaga membekalkan pesawat tempur ringan (LCA) Hurjet untuk keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya,Profesor Temel Kotil berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan atau masalah menerima pembayaran membabitkan komoditi dengan Malaysia kerana yakin ia membantu negara Asia Tenggara itu untuk meningkatkan hasil komoditi negara.