Anggota Bomba sedang membantu menyelamatkan wanita daripada terjun tingkat 12 sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur. Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Mewah, Ampang Jaya berjaya diselamatkan anggota bomba awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.37 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

Katanya, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati, wanita berusia 22 tahun itu berada di koridor tingkat 12 dan dipercayai cuba terjun.

“Mangsa berjaya dipujuk sebelum diselamatkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun punca wanita itu bertindak sedemikian tidak dapat dipastikan lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast