Harga runcit petrol RON97 naik sembilan sen daripada RM3.12 kepada RM3.21 seliter.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sembilan sen daripada RM3.12 kepada RM3.21 seliter.

Bagi harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel juga kekal paras RM2. 15 seliter.

Ia harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh 10 Februari 2022 hingga 16 Februari 2022.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguh pun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast