Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan di Felda Chemomoi di Bentong, Pahang sejak 14 hari lalu ditamatkan esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan, tiada sebarang pelaksanaan mahu pun pelanjutan PKPD baharu dilaksanakan.

“Setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti Felda Chemmoi, Bentong, Pahang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini lokaliti yang terletak dalam Mukim Sabai itu dikenakan PKPD selepas penilaian risiko dibuat susulan trend jangkitan Covid-19.

Pelaksanaan PKPD bagi lokaliti Felda Chemomoi dibuat setelah meneliti pembentangan KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette