Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi menjamin kesihatan rakyat.

JOHOR BAHRU- Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi menjamin kesihatan rakyat negeri ini.

Itu permintaan rakyat Johor selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah menetapkan tarikh pengundian PRN Johor pada 12 Mac depan.

Seorang pemilik produk, Narisya Fatin Mohd Ikhsan, 25, berkata, walaupun pada awalnya dia kurang setuju PRN diadakan kerana bimbang peningkatan kes Covid-19.

Narisya Fatin Mohd Ikhsan. Foto AFFAN FAUZI, 09 FEBRUARI 2022.

Bagaimanapun demi proses demokrasi, beliau sebagai belia tetap akur dengan keputusan yang telah ditetapkan.

Namun harapannya mahu kerajaan memastikan setiap laluan di peti mengundi dikawal dengan SOP ketat.

Selain itu, Narisya berharap penjarakan sosial masih perlu dilakukan.

“Bagi saya, keselamatan dan kesihatan itu juga harus difikirkan di mana kalau lebih baik dapat tetapkan jarak itu lebih jauh antara satu sama lain bagi mengawal perkara tidak sepatutnya,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penjual produk, Nur Izren Nazri, 21, pula berpandangan walaupun risau beliau akur dengan PRN demi masa depan bangsa Johor mahu sebuah kerajaan yang stabil.

Nur Izren Nazri. Foto AFFAN FAUZI, 09 FEBRUARI 2022.

“Hendak buat macam mana, apa pun kita harus patuhi dan kena keluar mengundi. Apa pun saya harap kerajaan tekankan pada SOP lebih ketatlah masa hari mengundi nanti,” katanya.

Bagi ejen cukai, Shahrin Ahmad, 43, pula percaya dengan kecekapan dan pengalaman SPR, PRN akan dapat dilakukan secara lancar dengan pematuhan SOP.

Malah beliau mahu tidak mahu rakyat Johor menunaikan tanggungjawab untuk memilih pentadbiran yang menjadi pilihan masing-masing.

“Saya yakin SPR dan lain-lain akan mampu mengawal ini semua. Mereka mempunyai pengalaman. Mahu atau tidak kita semua akan keluar mengundi,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast