KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat seorang lelaki warga Bangladesh bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Lelaki berkenaan bernama Md Hiru Rahman dengan nombor pasport BW0534491.

“Alamat terakhir lelaki terbabit adalah sebuah kedai di No. 29G, Tingkat Bawah, Jalan 1/3A, Pasar Borong Selayang, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

“Dia dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pati Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan(TPPK), Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Beliau boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – MalaysiaGazette