MARA Corp Corporation Majlis Amanah Rakyat MACC power abuse
Bangunan MARA di Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / 7 FEBRUARY 2022. Bangunan Mara di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Lima pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan anak syarikat agensi itu, MARA Corporation (MARA Corp) akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya pagi esok.

Sumber SPRM berkata kelima-lima individu berkenaan merupakan 17 individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Selain lima orang pegawai MARA berkenaan, turut akan dipanggil untuk dirakam keterangan adalah empat lagi anggota Lembaga Pengarah MARA Corp, empat orang pegawai MARA, tiga pegawai bank dan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Setakat hari ini, seramai 14 saksi telah dirakam keterangan mereka membabitkan seramai empat orang ahli lembaga pengarah MARA Corp, tujuh individu daripada pengurusan MARA Corp, dua orang pegawai MARA dan seorang kakitangan syarikat setiausaha korporat,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu, dalam serbuan SPRM ke Ibu Pejabat MARA dan MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas, SPRM telah merampas antaranya dokumen terdiri daripada kertas cadangan dan minit mesyuarat lembaga pengarah, dokumen kewangan dan senarai gaji serta dokumen membabitkan sumber manusia.

Pada Ahad lepas, kelima-lima individu yang dikaitkan dengan salah laku berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan menafikan pembabitan mereka dalam isu berkenaan.

Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast