Pemandu trak dan penyokong-penyokong melakukan protes di Bloor Street kerana tidak puas hati dengan peraturan Covid-19. foto CNN

OTTAWA – Pemandu lori yang menentang peraturan Covid-19 memberi risiko ke atas sektor automotif dan pertanian apabila mereka menyekat lalu lintas sempadan Amerika Syarikat-Kanada, kata White House.

Setakat ini Ford menghentikan beberapa pengeluaran dan Ottawa telah menggesa protes selama 13 hari itu dihentikan.

Banyak negara Barat yang sudah ‘keletihan’ menangani pandemik selama dua tahun tidak lama lagi berdepan dengan protes yang sudah merebak ke Australia, New Zealand dan Perancis ketika varian Omicron yang sangat mudah berjangkit mula reda di beberapa tempat.

Bantahan besar-besaran telah menyebabkan kesesakan di ibu negara Ottawa sejak akhir Januari.

Para pemandu lori menutup lalu lintas masuk Kanada di Jambatan Duta, laluan bekalan untuk pembuat kereta dan produk pertanian Detroit.

Pengeluaran Ford Motor Co dan pembuat Chrysler Stellantis telah terjejas.

Satu lagi lintasan sempadan, di wilayah Alberta, telah ditutup di kedua-dua arah sejak lewat Selasa lalu.

Bermula sebagai “Konvoi Kebebasan” di pusat bandar Ottawa kerana menentang peraturan vaksinasi atau kuarantin untuk pemandu lori rentas sempadan oleh kerajaan AS, penunjuk perasaan juga telah menyuarakan rungutan mengenai cukai karbon dan undang-undang lain.

“Saya berpendapat adalah penting bagi semua orang di Kanada dan Amerika Syarikat untuk memahami kesan sekatan ini – kesan kepada pekerja, rantaian bekalan dan di situlah kami paling fokus/

“Kami juga sedang mengesan potensi gangguan kepada eksport pertanian AS dari Michigan ke Kanada,” kata Jen Psaki, jurucakap White House.

Washington juga katanya, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa merentasi sempadan untuk mengalihkan lalu lintas ke Blue Water Bridge, yang menghubungkan Port Huron di Michigan dengan Sarnia di Ontario, di tengah-tengah kebimbangan protes boleh bertukar menjadi ganas.

Gabenor Bank of Canada, Tiff Macklem menggesa penyelesaian segera.

“Sekiranya terdapat sekatan yang berpanjangan di pintu masuk utama ke Kanada yang boleh mula memberi kesan yang boleh diukur ke atas aktiviti ekonomi,” tambah beliau. – Reuters (https://www.reuters.com/world/americas/canadian-authorities-scramble-end-anti-vaccine-mandate-protests-2022-02-09/)

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast