Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sejumlah 188 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 9 Februari hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 119 adalah varian Omicron.

“Kesemua 188 kes baharu ini telah dikenalpasti oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Perlu Perhatian (VOI) adalah sebanyak 7,586 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Noor Hisham, daripada jumlah itu sejumlah 69 kes varian Delta dikesan KKM.

Sehingga kini, sejumlah 7,566 kes yag ditemukan adalah kes VOC manalaka 20 kes lagi adalah varian mempunyai kepentingan (VOI).

Sehingga kini, sejumlah 6,504 varian Delta telah dikesan KKM sementata 815 kes pula adalah varian Omicron.

Sementara itu, 233 kes lagi adalah varian Beta dan 14 kes adalah varian Alpha.

Awal hari ini, Noor Hisham berkata, sejumlah 20,939 kes positif Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam.

“Daripada 20,939 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 118 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 20,821 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” jelas Noor Hisham lagi.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sejumlah 20,818 kes melibatkan penularan tempatan dengan 20,315 adalah warganegara dan 503 adalah bukan warganegara.

Kes import pula sebanyak 121 dengan 69 daripada adalah warganegara dan 52 bukan warganegara.

Tambah Noor Hisham, sejumlah 155 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 80 lagi kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sejumlah 5,807 kes sembuh sepenuhnya direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif adalah pada paras 2,841,271 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast