Mohd Khairuddin Aman Razali.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkuatkuasa semalam.

Abdul Hadi berkata, Khairuddin digugurkan kerana masalah disiplin.

“Oleh kerana pelantikan beliau dalam Majlis Syura dibuat Jawatankuasa Pas Pusat, maka Pas Pusat membatalkan pelantikan itu.

“Oleh itu beliau bukan lagi Setiausaha Majlis Syura Pas berkuatkuasa semalam (Khamis),” katanya di Marang semalam.

Jelas Abdul Hadi, pengguguran itu dibuat Jawatankuasa Pas Pusat.

Pada Januari lalu, Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selepas dua bulan dilantik.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sebelum ini tersingkir ketika pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bagi sesi 2021-2023 yang dijalankan ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-67 pada 7 November tahun lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Khairuddin dipecat daripada jawatan AJK Pas

1 Komen

  1. Dia bukan budak, kalau benar ada masaalah displin tak boleh ke panggil dia mengadap tuan presiden dan jelaskan duduk sebenar perkara itu. Saya bimbang ramai kaki2 ampu atas sifat marah. Hargailah sedikit jasa dan sumbangan beliau dalam kepimpinan PAS, sekurang kurangnya panggil bersemuka dan bagi surat tunjuk sebab bagi menjawab persoalan displin. Imej dan intergriti perlu dijaga juga supaya ahli parti biasa tidak berprasangka terhadap parti sendiri.

Comments are closed.