khairuddin
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan Datuk Mohd Khairuddin Razali telah digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu.

Katanya, keputusan tersebut dalam mesyuarat kelmarin di ibu pejabat Pas di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan.

Khairuddin yang tewas dalam pemilihan pusat parti itu dilantik semula ke jawatan tersebut pada  November lalu bersama-sama Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik  Abduh Nik Aziz.

“Itu biasa dalam parti, tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan atau ditukar itu, biasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Marang, Terengganu.

Menuru Abdul Hadi, parti mempunyai alasan termasuk tentang siapa yang tidak patuh disiplin boleh dinasihatkan dan boleh dirukar jawatan selain digantung keahlian atau pun dipecat.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette