Putera Charles Britain bercakap di majlis meraikan amanah Asia British, di Muzium British, di London, Britain, 9 Februari 2022.-foto Reuters.

LONDON – Pewaris takhta Diraja Britain, Putera Charles didapati positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.

Mesej pejabatnya di laman Twitter rasminya berkata, Charles diuji positif semalam dan sangat kecewa tidak dapat menghadiri lawatan yang telah dijadualkan di bandar Winchester di selatan England.

Charles, 73, bertemu berpuluh-puluh orang semasa majlis yang besar di Muzium British London pada petang Rabu lalu.

Charles sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada bulan Mac 2020 iaitu semasa gelombang pertama pandemik.

Menurut laporan Aljazeera, Charles baru-baru ini bertemu dengan ibunya, Ratu Elizabeth II tetapi permaisuri tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Ratu Elizabeth menyatakan hasratnya untuk menjadikan Camilla sebagai Ratu Consort apabila Charles menjadi raja.-AlJazeera

(https://www.aljazeera.com/news/2022/2/10/uks-prince-charles-isolates-after-testing-positive-for-covid-19)