KUALA LUMPUR – Saksi kejadian kemalangan di flyover Damansara Damai menghala ke Kepong yang mengakibatkan penunggang motosikal maut pagi tadi, diminta tampil membantu siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda EX5 dengan lori jenis Volvo pada 8 lebih kurang 8 pagi tadi.

Katanya, penunggang motosikal berkenaan dilaporkan hilang kawalan lalu terjatuh ke tengah jalan kemudian digilis oleh tayar belakang lori berkenaan.

“Mangsa seorang lelaki warganegara tempatan berumur 31 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Saksi kejadian diminta segera tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast