SEOUL – Bilangan kes harian Covid-19 di Korea Selatan meningkat ketika penularan varian Omicron, kata pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), negara itu melaporkan 54,941 kes Covid-19 untuk 24 jam yang lalu, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 1,294,205 kes.

Kes harian meningkat dari 53,926 pada hari sebelumnya, lapor Xinhua.

Kes melebihi 50,000 untuk tiga hari berturut-turut.

Peningkatan ini didorong oleh jangkitan di kawasan metropolitan Seoul ketika penyebaran dari varian Omicron meruncing.

Daripada kes-kes baru, sebanyak 13,189 adalah daripada penduduk Seoul.

Bilangan orang yang dijangkiti di Provinsi Gyeonggi dan bandar pelabuhan barat Incheon masing-masing adalah 15,952 dan 5,059 orang.

Sebanyak 113 kes merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 27,090 kes.

Bilangan pesakit kronik adalah 275 kes, naik empat kes berbanding hari sebelumnya.

Sebanyak 33 kematian telah disahkan, menjadikan angka kematian naik kepada 7,045 kes.

Jumlah kadar kematian adalah sebanyak 0.54 peratus.

Bilangan penduduk yang telah disuntik sepenuhnya adalah 44,207,093 orang, atau 86.1 peratus daripada penduduk.

Bilangan mereka yang menerima dos penggalak adalah seramai 29,244,945 orang, atau 57.0 peratus daripada penduduk. – Xinhua

(http://www.xinhuanet.com/english/20220212/fe01b39257b54f948389bda3fd5bd681/c.html)