Pesawat pejuang F-22. foto Reuters

DUBAI – Jet pejuang F-22 Amerika Syarikat (AS) tiba di pangkalan udara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) susulan beberapa serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Abu Dhabi oleh kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Houthi yang disokong Iran telah melancarkan beberapa serangan yang gagal ke atas UAE hingga mencetuskan pertahanan udaranya dan Amerika Syarikat (AS).

Jet-jet itu tiba di pangkalan UAE sebagai sebahagian daripada demonstrasi pelbagai bentuk sokongan AS selepas beberapa siri serangan sepanjang Januari mengancam tentera AS dan UAE,” kata tentara udara AS dalam kenyataannya.

Setiausaha Pertahanan AS mengarahkan penempatan pantas pesawat generasi kelima itu dengan penyelarasan Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed Bin Zayed Al Nahyan.

Jet-jet tersebut akan menyertai rangkaian gabungan dan sekutu serta keupayaan kuasa udara tempur rakan kongsi yang sudah bertapak di seluruh rantau ini.

Tentera udara dan F-22 dikerahkan dari Sayap Pejuang Pertama, yang terletak di Pangkalan Bersama Langley-Eustis, Virginia, kata Tentera Udara AS.

Minggu lalu jeneral AS yang menyelia operasi Timur Tengah memberitahu Reuters, AS akan membantu UAE menambah jet pemintas yang digunakannya untuk memintas peluru berpandu yang memasuki UAE.

Serangan Houthi baru-baru ini telah memberi tumpuan kepada usaha yang diketuai PBB yang tidak berjaya sehingga kini untuk menjadi perantara bagi menamatkan perang di Yaman sejak 2015 telah menyebabkan Houthi menentang gabungan tentera Arab termasuk UAE.

Konflik itu telah membunuh puluhan ribu orang dan menyebabkan krisis kemanusiaan. – Reuters (https://www.reuters.com/world/middle-east/us-f-22-fighter-jets-arrive-uae-following-houthi-attacks-2022-02-12/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast