hospital admission rate Healthcare workers providing treatment to a Covid-19 patient at the Intensive Care Unit (ICU) at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 4 JUNE 2021 Covid-19 recoveries Covid-19 clusters
Healthcare workers providing treatment to a Covid-19 patient at the Intensive Care Unit (ICU) at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 4 JUNE 2021. Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.

PUTRAJAYA – Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-6/2022 bagi kategori tiga hingga lima menunjukkan peningkatan berganda di semua peringkat umur kecuali golongan remaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, senario itu menyebabkan pihaknya menyarankan agar kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun warga emas yang layak untuk segera mendapatkan vaksinasi serta dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdekatan.

“Jumlah kemasukan pesakit harian Covid-19 di hospital harian hingga semalam adalah sebanyak 4,700 pesakit. Daripada jumlah itu, lapan peratus atau 376 kes berada dalam kategori tiga hingga lima,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua juga ada dirawat di hospital antara sebabnya kerana mempunyai penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal.

“Ada juga pesakit yang baru dikenal pasti menghidap penyakit tidak berjangkit ketika sedang mendapatkan pemeriksaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

“Selain itu, pesakit Covid-19 kategori satu dan dua ialah penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik; kes Obstetrik yang memerlukan pemantauan rapi dan pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi).

“Turut dilaporkan ialah kes membabitkan kanak-kanak seperti dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan, demam berpanjangan dan kelesuan, mempunyai penyakit kronik serta tiada penjaga,” katanya.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memberitau hingga semalam kadar penggunaan katil khusus untuk pesakit Covid-19 di tiga negeri kini sudah melebihi 80 peratus.

“Tiga negeri berkenaan ialah Selangor, Perlis dan Kelantan manakala penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) di Johor pula sudah melebihi 54 peratus.

“Bagaimanapun, penggunaan katil ICU di negeri lain masih di bawah 50 peratus,” katanya. – MalaysiaGazette