KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup pejabat cawangannya di Keningau bermula esok hingga 18 Februari ini.
Menerusi kenyataan LHDN memaklumkan, penutupan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dan pejabat cawangan itu dijangka kembali beroperasi pada 21 Februari.
“Dalam tempoh penutupan sementara ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter berkenaan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, pelanggan juga disyorkan membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette