KUALA LUMPUR – Perdana Menteri akan mengadakan lawatan kerja ke China pada bulan Mei selepas selesai ke negara-negara ASEAN.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual ke Brunei esok, sebelum ke Thailand, Kemboja, Vietnam dan beberapa negara ASEAN lain.
“Cadangannya bulan Mei…lambat lagi ya. Untuk peringkat awal ni saya akan menghabiskan lawatan ke negara-negara ASEAN dulu…esok saya ke Brunai, lepas tu ke Thailand dan Kemboja, lepastu ke Vietnam dan lain-lain.
“Saya selesaikan ASEAN dahulu sebelum saya ke negara Timur Tengah…mungkin bulan Mac ataupun selepas Parlimen habis bersidanglah…tak silap saya 23 atau 26 Mac, lepas itu akan ke timur tengah pula…Arab Saudi, Qatar dan selepas itu akan ke China,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkhabaran beliau akan melakukan lawatan kerja ke China. – MalaysiaGazette