Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – PKR hari ini mengetengahkan calon muka lama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk zon selatan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, senarai calon itu antaranya melibatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, S Gopalakrishnan.

Antara calon muka lama lain adalah Dr Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu ditampilkan semula sebagai DUN calon Larkin.

Dalam pada itu, parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu turut mengetengahkan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, sebagai calon.

PKR turut menampilkan muka baharu iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadalian (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, (DUN Pasir Raja) dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, (Bukit Batu).

Dalam pada itu, Anwar berkata, calon-calon yang diketengahkan PKR kali ini dilihat memenuhi citarasa pengundi di Johor.

“Calon itu memenuhi citarasa dan fahami perjuangan dan ingat ini satu amanah dan mesti tunaikan dengan sebaiknya.

“Kita semua mahu lakar kemenangan tapi kita tahu percaturan politik yang sekarang ini ia tidak menjanjikan kemenangan yang menolak rasuah itu memang tapi tentang itu kita jalankan tugas dengan sebaik mungkin kita catat kemenangan bergaya,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengumumkan senarai calon parti itu bagi zon selatan, di Johor Bharu, hari ini.

PKR secara umumnya bertanding 20 kerusi apabila gabungan itu memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi setiap parti komponen dalam PRN Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast