Seorang lelaki melihat asap tebal dari tapak serangan udara pimpinan Arab Saudi di Sanaa, Yaman 8 Februari 2022. foto Reuters

ADEN – Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang berperang di Yaman memusnahkan sistem telekomunikasi Houthi yang digunakan untuk mengawal dron, lapor TV Negara Saudi pada Isnin, selepas pakatan itu meminta orang awam di kementerian Yaman di Sanaa untuk segera berpindah.

Pengeboman itu mensasarkan stesen bumi untuk satelit di sekitar kementerian telekomunikasi di utara Sanaa, penduduk memberitahu Reuters.

Terdahulu pada hari Isnin, TV Al Masirah yang dikendalikan Houthi melaporkan serangan gabungan mensasarkan kementerian telekomunikasi tanpa memberikan butiran mengenai kerosakan.

Gabungan itu berkata, Houthi yang disokong Iran menggunakan ibu pejabat kementerian untuk “melancarkan operasi permusuhan” dan sebagai tindak balas kerana lokasi itu dikaitkan dengan serangan terbaharu ke atas lapangan terbang antarabangsa Abha, Arab Saudi akan dimusnahkan.

Sebanyak 12 orang cedera dalam serangan dron oleh Houthi di lapangan terbang pada hari Khamis lalu.

Pasukan Houthi telah menghantar dron dan menembak peluru berpandu ke Arab Saudi dalam tempoh konflik tujuh tahun dan baru-baru ini melepaskan peluru berpandu ke ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Gabungan yang diketuai Saudi telah bertindak balas dengan serangan udara dalam Yaman.

Gabungan itu campur tangan di Yaman pada 2015 selepas Houthi menggulingkan kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. – Reuters (https://www.reuters.com/world/middle-east/saudi-led-coalition-asks-civilians-yemeni-ministries-sanaa-evacuate-state-media-2022-02-13/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast