KUCHING – Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ telah diluluskan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan menyokongnya dengan enam menentang.

Abdul Karim berkata pindaan itu seiring pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa minggu lepas.

Semasa menjelaskan penggunaan ‘Premier’ bagi menggantikan ‘Ketua Menteri’ di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan Sarawak, beliau berkata ia sama seperti yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel lain.

“Ketua Persekutuan digelar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah membentuk Persekutuan digelar Premier manakala subwilayah atau negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.