Lee Siang Tat

KUALA LUMPUR – BCM Electronics Corporation Sdn. Bhd. (BCM) melantik Lee Siang Tat sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa hari ini.

BCM adalah anak syarikat milik penuh Aurelius Technologies Bhd (ATech) yang menyediakan perkhidmatan perkilangan elektronik (EMS) bagi produk elektronik perindustrian.

ATech dalam kenyataannya berkata, Siang Tat memiliki pengalaman kerja lebih 25 tahun kerja di dalam industri perkilangan elektronik dan arif dengan pelbagai pemprosesan operasi termasuk kejuruteraan pemprosesan dan produk, kejuruteraan peralatan dan penyenggaraan, pengurusan kos, kualiti pengeluaran dan operasi.

“Siang Tat bermula di BCM pada 2005 dan meningkat maju hingga ke jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Teknologi Melekap Permukaan (Surface Mount Technology), Penyenggaraan dan Fasiliti.

”Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi EG Industries Berhad pada 2020 yang mana beliau memainkan peranan penting memacu keseluruhan operasi perkilangan kumpulan, termasuk kejuruteraan, perancangan pengeluaran dan kualiti operasi, bagi membolehkan kumpulan mencapai matlamat-matlamat strategiknya,” kata ATech di sini hari ini.

Siang Tat merakamkan penghargaan di atas pelantikan ini dan berikrar meningkatkan kecekapan operasi syarikat. – MalaysiaGazette