KUALA LUMPUR – Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab memperjudi nyawa anak sendiri dengan membuat aksi ‘pacak’ di atas motosikal yang ditunggangnya.
Video berdurasi 41 saat kemudian dikongsi @My_CrimeWatch di Twitter memaparkan perbuatan dua beranak itu tidak memakai topi keledar.
Perbuatan yang membahayakan nyawa dan mencabar undang-undang itu telah mengundang amarah netizen.
Ketika rakaman, jelas kedengaran suara si anak menangis.
Menurut video yang dimuatnaik, kedengaran suara pihak ketiga yang menyuruh lelaki itu membuat aksi berbahaya.
Setakat ini tiada butiran lanjut mengenai lokasi kejadian. – MalaysiaGazette