Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya bercakap kepada media selepas memberi keterangan berkaitan Penyerahan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha MUDA, Amira Aisya Abd Aziz kepada Malaysia Gazette hari ini.

MUDA akan bertanding sekurang-kurangnya sembilan kerusi pada PRN Johor setelah Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat masing-masing memberikan tiga kerusi.

Sebelum ini, PKR mengumumkan akan menggunakan logo parti sendiri sementara Amanah dan DAP akan terus menggunakan logo Pakatan Harapan sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

PRN Johor akan diadakan pada 12 Mac dengan dan penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari depan.  – MalaysiaGazette