Norshida Ibrahim

JOHOR BAHRU – Pergerakan Wanita UMNO bersetuju dengan pucuk pimpinan yang akan menamakan kembali Datuk Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata, kesediaan meletakkan Hasni kembali menunjukkan bahawa BN sebuah parti stabil.

Ia sekaligus menunjukkan BN tidak mempunyai permasalahan dalam struktur organisasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Datuk Hasni juga diyakini mampu menambat hati keseluruhan pengundi terutamanya golongan Undi 18 yang akan turun mengundi buat kali pertama dalam PRN Johor.

“Menerusi agenda dan dasar beliau sedia ada sebelum ini dapat diteruskan oleh Datuk Hasni dengan fokus utama menjurus ke arah pembangunan Johor menerusi segenap peringkat masayarakat Johor.

“Pengalaman beliau lengkap dengan pakej yang berkarisma menangani beberapa krisis termasuklah mengemudi kerajaan dengan tenang dan bijaksana.

“Walaupun hanya majoriti dua kerusi sehingga pembubaran DUN, ramai penganalisis percaya dan menyakini kewibawaan beliau mampu meraih sokongan majoriti rakyat ,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. cakap macam KELING berbelit2….dah yakin stabil mengapa masih bubar DUN…..JOM RAKYAT JOHOR DAN MALAYSIA BOIKOY PRN DAN PRU…..kerana perangai pemimipin2 KHIANAT MANDAT RAKYAT DAN MANIFESTO…BERCAKARAN KERANA REBUT KUASA AKHIRNYA SALAHGUNA KUASA RASUAH DAN KATAK2 LOMPAT

Comments are closed.